PERODUA SABAH

Triton

Mitsubishi Triton VGT Paling Berkuasa - 178PS & amp 350Nm




Bertempat di Kuching, Sarawak pada 2 Mac 2012, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) selaku pengedar tunggal rasmi kenderaan keluaran Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Malaysia secara rasminya telah melancarkan varian paling berkuasa model trak pikap Triton, dikenali dengan nama Mitsubishi Triton VGT.

Menurut Mitsubishi, varian terbaru Triton dengan enjin diesel 2.5 liter berkuasa dan ekonomikal bersama-sama teknologi Variable Geometry Turbo (VGT) itu kini menempa nama sebagai trak pikap paling berkuasa di dalam kelasnya di pasaran tempatan. Menurut data, model yang menerima pelbagai anugerah di Malaysia itu kini menghamburkan kuasa kuda dan tork maksimum setinggi 178PS dan 350Nm.

Bukan saja kuasa enjin yang lebih tinggi berbanding sebelumnya, malah kuasa tork enjin keseluruhan berjumlah 350Nm tersedia seawal putaran enjin serendah 1,800 rpm lagi, yang kemudiannya berterusan sehingga mencecah 3,500 rpm. Ini membolehkan pecutan lebih berkuasa dilakukan dan meningkatkan tahap pemanduan, seterusnya memberikan tahap penjimatan bahan api luar biasa. Dengan enjin VGT dan nisbah gear tambahan, tahap penggunaan bahan api impresif dicatatkan pada angka 14.4 km/l sekitar kelajuan malar 90 km/j, yang mana ianya adalah sama seperti varian semasa 2.5L AT, 14.5 km/l.
The new Mitsubishi Triton VGT 2 Mitsubishi Triton VGT paling berkuasa dilancarkan   178PS & 350Nm

Selain memperkenalkan enjin baharu, padanan sistem transmisi juga telah dinaik taraf kepada kotak gear automatik 5-kelajuan standard dengan ciri Sports Mode. Unit ini mempunyai satu nisbah ke hadapan lebih berbanding sebelumnya, sementara Sports Mode eksklusif dalam segmennya membolehkan pemilihan gear secara manual untuk kawalan pemanduan yang lebih baik, sama ada di jalan raya biasa atau prestasi ranggi di laluan off-road. Ciri Sports Mode itu juga menjadikan kedudukan Triton VGT kini lebih kukuh sebagai trak pikap untuk gaya hidup aktif.

Di bahagian luaran, Triton VGT telah menerima beberapa perubahan dan kemasan terbaru antaranya bampar depan yang kelihatan lebih teguh dan bergaya, ‘roll bar’ berwarna ‘matte black’ dan rim aloi sporty bersaiz 17 inci. Triton VGT terbaru ini juga serasi penyambungan sistem Bluetooth dan peranti mudah alih iPod. Urusan memarkir kenderaan juga menjadi lebih mudah apabila tersedia sensor sudut hadapan dengan paparan visual.
Triton VGT 41 Mitsubishi Triton VGT paling berkuasa dilancarkan   178PS & 350Nm

Dengan pertambahan varian Triton ini MMM menjangka akan terdapat peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jualan Triton dan meletakkan sasaran penguasaan pasaran sehingga 22 peratus tahun ini. Tahun lepas, jumlah jualan Triton mencapai 8,299 unit, dengan penguasaan pasaran sebanyak 18.9 peratus dalam segmennya, menjadikan Mitsubishi Triton trak pikap kedua paling popular di pasaran tempatan (Malaysia).

Boleh didapati dalam tiga warna menarik iaitu Putih (White Solid), Hitam (Black Mica) dan Perak (Cool Silver Metallic), model yang diimport sepenuhnya itu ditawarkan pada harga atas jalan RM105,997.10 (Semenanjung Malaysia) termasuk insuran (harga di Sabah RM105,721.50 dan Sarawak RM105,812.10). Pemilik Triton VGT bakal menikmati tempoh jaminan selama 3 tahun dan pakej penyelenggaraan percuma selama 2 tahun untuk pengalaman pemilikan tanpa sebarang kerumitan.

Menawarkan pelanggan pilihan yang lebih luas, Triton VGT akan melengkapkan barisan semasa Triton sedia ada, yang terdiri daripada varian Triton 2.5 liter 4×4 dengan transmisi automatik dan manual, Triton Standard 2.5 liter 4×4 manual dan Triton Lite Turbo 2.5 liter 4×2 manual.
Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi :-


Call / SMS : 013-869 7986 (Gayler)
Hotline : 088-228 322
Email : gayleer@yahoo.com



Mitsubishi Triton LITE Turbo 2.5L

Mitsubishi Triton Lite 2.5L Turbo 

KEHADIRAN kenderaan pikap, Mitsubishi Triton Lite 2.5L Turbo bukan saja menepati kehendak pengguna yang mahukan jentera untuk kegunaan komersial, malah faktor penjimatan bahan api menjadikan model berkenaan pilihan terbaik.

Selepas diperkenalkan hampir lima tahun lalu, model pikap pacuan roda itu tampil dengan sentuhan enjin baru apabila dipadankan teknologi pengecas turbo untuk meningkatkan kuasa prestasinya. 
Mitsubishi Triton Lite 2.5L Turbo 

Prestasi enjinnya mampu menghamburkan sehingga 89 Ps dan lebih baik berbanding model terdahulu selain didatangkan dengan wajah segar dengan kombinasi rim aloi baru. 


Selain bentuk luaran yang bergaya dan sporty, ruang kabin Triton Lite 2.5L Turbo itu dipadankan dengan warna baru dan papan pemukanya dilengkapi sistem audio pelbagai fungsi. 

Walaupun bentuknya sedikit besar dan lebar, ia mampu membuat pusingan di laluan sempit dengan jejari 5.7 meter.

Ketinggian ruang kargo yang sedikit rendah turut memudahkan untuk mengangkat barangan. 


Ia juga dilengkapi ciri-ciri standard termasuk dilengkapi tingkap berkuasa elektrik, kelajuan sensitif pengilap cermin depan, sistem pusat pengunci pintu dan lampu utama penghidup auto. 


Ciri keselamatannya turut ditingkatkan apabila didatangkan dengan Injap Pengesan Pengkadaran Beban (LSPV) di mana ia berfungsi untuk mengedarkan tekanan brek yang tepat. 



Triton Lite Turbo ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu perak dan putih yang dijual RM67,189.90 ke atas jalan termasuk insurans.





Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi :-

Call / SMS : 013-869 7986 (Gayler)
Hotline : 088-228 322
Email : gayleer@yahoo.com






Triton LITE Turbo -RM65,639.40


 Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan varian terbaru trak pikap Triton LITE Turbo (2.5 liter 4×2 Manual) yang kini didatangkan dengan kuasa enjin lebih bertenaga. Model yang diimport sepenuhnya itu dilengkapi enjin diesel 2.5 liter SOHC IDI Turbocharged yang dibantu sistem pengecas turbo, membolehkannya menghasilkan kuasa kuda setinggi 89ps@4,000rpm dan tork maksimum mencecah 196Nm@2,000rpm. 
Triton LITE Turbo menampilkan rekaan bergaya seakan-akan sebuah sedan, disegarkan lagi dengan penggunaan rim aloi 15 inci, kemasan krom pada cermin sisi dan pemegang pintu, serta pelekat LITE Turbo yang sepadan dengan ciri keselesaan dan reka bentuk serba bolehnya untuk pelbagai kegunaan. Menambahkan lagi gaya dan sifat sporty model itu, bahagian interior Triton LITE Turbo didatangkan dengan kemasan warna dua tona yang menarik. Papan pemukanya pula menempatkan pemain audio 1 Din baharu dengan fungsi AUX-in.
Untuk keselesaan dan kemudahan pemanduan, Triton LITE Turbo didatangkan dengan pusingan radius 5.7 meter yang membolehkan pemandu bergerak melalui ruang sempit dengan mudah. Bukan itu saja, Triton LITE Turbo turut dilengkapi ruang kargo berketinggian 715 mm yang rendah untuk pengisian barang-barang yang lebih mudah. Dengan ruang interior yang luas termasuk ruang kaki dan kepala, pengguna akan sentiasa berasa selesa sama ada ketika bekerja keras atau pun sewaktu beriadah pada hujung minggu.

Antara kelengkapan dan ciri-ciri standard komprehensif pada model Triton LITE Turbo termasuklah masuk tanpa kunci (keyless entry), cermin tingkap berkuasa, pengelap cermin depan sensitif kelajuan (speed-sensitive front wiper), sistem penguncian pintu berpusat (central door locking system) dan fungsi tutup automatik lampu depan (headlamp auto off-function). Untuk keselamatan, model itu didatangkan dengan sistem Load Sensing Proportioning Valve (LSPV), pedal brek Anti-Intrusion dan struktur badan RISE Mitsubishi yang teguh.
Mitsubishi Triton LITE Turbo ditawarkan dalam dua pilihan warna – Cool Silver Metallic (Perak) dan White Solid (Putih), dengan harga jualan ditetapkan pada harga di atas jalan RM65,639.40 (untuk pendaftaran persendirian di Sabah) tidak termasuk insuran. Pemiliknya bakal menikmati tempoh jaminan selama 3 tahun atau 100,000 km, serta pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi selama 2 tahun (tertakhluk pada terma dan syarat).


Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi :-

Call / SMS : 013-869 7986 (Gayler)
Hotline : 088-228 322
Email : gayleer@yahoo.com






MITSUBISHI TRITON 2.5 STANDARD – RM82,112.10.

On 26 November 2009, Mitsubishi Motors Malaysia has launched a new Triton variant. The new Triton pickup is called as the Triton 2.5 Standard. Available in Cool Silver Metallic and White Solid, the Triton 2.5 Standard is priced at RM82,112.10 (on-the-road, without insurance), which is about RM16,000 more than the Triton Lite Turbo and is RM8,000 less than the price you would pay for a Triton 2.5 (Full Spec). It also comes with a 3-years or 100,000km warranty, whichever comes first.

The engine is the same 2.5 liter turbodiesel unit found in the Triton 2.5 (Full Spec), which is the 2.5l Direct Injection Diesel Hyper Common Rail Turbo Intercooler engine that can produces 136 PS at 3,500 revs and 314Nm of torque at 2,000 revs. Power is channelled to the wheels via Mitsubishi’s Easy Select 4WD system which allows the driver to ‘shift on the fly’ from 2WD to 4WD at speeds of up to 100km/h. It also equipped with comes with a RV meter display, sporty 16-inch alloy rims and bed liner as standard kit. The RV meter is a unique Triton feature that displays travel data such as range, average speed, fuel consumption and also a digital compass, barometer, altimeter and outer temperature.

The RV Meter

Mitsubishi Motors Malaysia expects to sell 150 units per month of the new Triton 2.5 Standard and increase its market share to 25% next year. At present, Triton is selling 400 to 450 units per month.


For your extra information, in Malaysia, the Triton family, consisting of the Triton VGT 2.5-litre 4×4 automatic (sports mood), Triton 2.5-litre 4×4 with automatic and manual transmissions and Triton Lite Turbo 2.5-litre 4×2 manual, is the only pick-up range that can count each model as an award winner.
Mitsubishi Triton Dimension.


Further info and promotion, kindly:

Call / SMS : 013-869 7986 (Gayler)
Hotline : 088-228 322
Email : gayleer@yahoo.com

No comments:

Post a Comment